Ahad, 29 November 2015

KURUS DENGAN PHYTO KLOROFIL




HHP Phyto Chlorophyll yang ditambah dengan klorofil larut air dan klorela merupakan minuman kesihatan yang perlu ada di setiap rumah.Kebaikannya sangat banyak,saya memanggilnya minuman 1001 fungsi.Apa yang best sanagt dengan PHYTO Chlorofyll ini adalah kerana ia membuatkan saya lebih kurus,lebih sihat dan lebih muda.

Fungsi Klorofil
-ANTIOKSIDAN yang sangat berkuasa
-Mencegah penuaan dan kedutan
-Seimbangkan PH darah
-Mencegah dan membantu dalam masalah pencernaan dan sangat sesuai untuk pesakit gastrik
-Masalah cepat penat dan letih
-Gemuk dan Jerawat
-RESDUNG
-ANEMIA

Apa yang yang saya suka tentang klorofil PYTO adalah badan akan rasa sihat,segar dan bertenaga dan kalau muka berjerawat klorofil PHYTO berfungsi sebagai DETOXs.memang BEST

PRODUK PHYTO KLOROFIL 
-mengandungi Chlorella iaitu makanan yang sihat untuk jantung,hati,buah pinggang,usus dan juga untuk kulit.


KANDUNGAN DALAM PHYTO KLOROFIL
-Proteinya lebih tinggi dari daging lembu
-Beta Karoten lebih tinggi dari brokoli dan bayam
-KLOROFIL 10 x ganda lagi tinggi dari SPIRULINA
-Kaya dengan serat/FIBER-sesuai untuk sembelit
-ASID AMINO tinggi untuk membina sel

PHYTO KLOROFIL adalh minuman tanpa gula dengan rasa mentol yang menyegarkan,pengambilan yang berterusan akan menguatkan SISTEM IMUN badan dan rasa lebih AWET MUDA.

10 ML PHYTO CHLOROPYLL= 1KG bayam

Masukan 10 ML PHYTO CHLOROPYLL ke dalam 1.5 liter air putih dan jadikan ia minuman seharian keluarga anda.Boleh dijadikan bekalan untuk ke sekolah dan ke tempat kerja untuk tenaga.

SESUAI untuk semua peringkat umur orang tua dan kanak-kanak.JANGAN BANCUH DENGAN AIR PANAS

JOM JADI AHLI/PENGEDAR

HARGA 1 BOTOL :RM60.00 (500ML)
Dapatkan dari kami
PENGEDAR PHYTO KLOROFIL
MELAKA.
What APPs : 017-2048516

Isnin, 9 November 2015

PRODUK KECANTIKAN BERACUN



Semua wanita nak cantik bukan..?tetapi jangan terlalu OBSES anda mungkin merana seumur hidup...sedikit INFO tentang kosmetik yang berbahaya kepada kulit.

Kosmetik berbahaya selalunya tidak membantu kepada penampilan kulit menjadi lebih cantik tetapi mungkin sebaliknya. Kesan sebaliknya bagi pengguna mungkin akan menghadapi masalah kulit rosak seperti kulit terbakar, jerawat, bernanah dan sebagainya. 

Buatlah kajian sedikit untuk mengetahui bahan yang terkandung di dalam produk-produk kecantikan ini dan fungsi bahan kimia ini untuk mengelakkan dari terkena kesannya.

Bahan-bahan yang digunakan sebagai ubat juga mestilah Halal iaitu sesuai dengan ajaran islam dan yang lebih penting ialah mencegah lebih baik dari mengubati.


Antara  bahan kimia terlarang yang terdapat pada kosmetik berbahaya adalah seperti:

Merkuri
Bahan ini biasa digunakan dalam produk pemutih kulit. Apa yang membuatkan ramai wanita gemar kepada produk yang mengandungi bahan ini adalah kulit mereka akan menjadi putih dalam masa yang sangat singkat. Merkuri adalah beracun walaupun dengan jumlah yang kecil. Kesan negatif adalah seperti, berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada otak, buah pinggang, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah dan kanser kulit.

Hydroquinone
Krim hydroquinone adalah agen pemutihan kulit. Ia berfungsi dengan menghalang reaksi enzim dalam sel-sel kulit. Bahan ini sering didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan rasa terbakar, boleh mengakibatkan masalah buah pinggang, kanser darah dan kanser sel hati.

Rhodamin
Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada pengguna seperti gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati. Akibat  termasuk: Iritasi pada salur pernafasan, iritasi kulit dan mata, gangguan saluran penghadaman, dan juga boleh mengakibatkan kanser hati.

Sodium Laureth Sulfate
Biasa didapati dalam produk seperti sabun badan, syampu mandian  dan pencuci. Bahan ini akan menyebabkan alahan pada kulit, sakit kepala, sakit sendi, lelah dan pening kepala.

Tretinoin/Retinoic Acid
Asid retinoic adalah ubat yang dapat menghalang pembentukan jerawat. Ubat ini juga digunakan untuk merawat pro halus pada kulit, bintik-bintik hitam, dan kulit kasar pada muka yang disebabkan oleh matahari. Beberapa kesan sampingan yang berkaitan dengan ubat ini, jika bahan ini terdapat dalam produk kecantikan, ia boleh menyebabkan kulit kering dan terbakar serta menyebabkan kerosakan pada janin. Malangnya, terdapat juga beberapa kesan sampingan teruk dikaitkan dengan menggunakan asid retinoic. Antara kesan-kesan sampingan termasuk kesukaran bernafas dan ketat dada, gatal-gatal, dan bengkak pada mulut, lidah, dan bibir.

RAWATAN KECANTIKAN MASA KINI



Facial biasa
Facial biasa adalah untuk pembersihan kulit yang tidak banyak bermasalah. Facial jenis ini menggunakan pencuci lembut,stim, topeng, sedutan pada kulit menggunakan mesin menyedut dan diakhiri dengan pemakaian pelembap atau pelindung mata hari.

Proses mencuci seperti ini baik bagi meningkatkan perjalanan darah pada kulit muka, membuang kekotoran dan menjauhkan kelenjar sebum yang tersumbat. Ia menjadikan kulit bebas daripada ancaman biji-biji putih, noda hitam dan juga jerawat.

Facial Vitamin C
Penambahan vitamin C bertujuan memudakan kulit dan meningkatkan pembaik pulih kulit. Vitamin C berfungsi sebagai anti oksidan dan juga mampu mencerahkan kulit.Teknik facial sama seperti biasa. Kulit dicuci dengan pencuci yang lembut, kekotoran akan dibuang diikuti pengewapan kulit, topeng muka dan sedutan. Akhir sekali vitamin C dititiskan semasa pori-pori masih terbuka dan mampu menyerap dengan aktif.

Facial glycolic
Teknik ini sesuai bagi masalah jerawat yang serius. Asid glycolic merupakan asid lembut yang boleh masuk ke dalam kulit untuk membunuh bakteria. Ia juga mampu mengurangkan
kesan parut jerawat dan menyembuhkan jerawat. Biasanya doktor akan mencadangkan penggunaan gel glycolic sebagai sapuan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius.Gel yang boleh digunakan di rumah ini mampu bertindak sebagai facial lembut yang mencerahkan kulit kita.

Facial dengan anti oksidan
Anti oksidan juga merupakan bahan penting bagi facial.Ia sesuai untuk kulit yang berpigmentasi. Biasanya antioksidan jenis peptide digunakan kerana ia sesuai bagi semua jenis kulit. Prosedur facialnya tetap sama.

Microdermabrasion
Microdermabrasion merupakan facial yang agresif berbanding facial biasa. Prosedur teknik ini adalah lapisan kulit dikikis sama sekali. Selepas itu kulit wajah dicuci dan dilembapkan.
Alat microdermabrasion digunakan bagi menyedut dan membuang lapisan kulit yang telah mati. Terdapat dua jenis mikrodermabrasion iaitu jenis kristal dan berlian.

Microdermabrasion jenis kristal mempunyai agen berupa pasir halus yang akan mengikis sel mati pada kulit muka.Jenis berlian pula berupa pisau halus yang mampu mengikis
lapisan pada kulit. Kelebihan peralatan mampu membersihkan,meningkatkan mutu dan merangsang kulit agar kulit baru dapat tumbuh dengan baik. Kaedah ini sesuai sebulan sekali jika kulit bermasalah. Jika kulit sudah pulih maka bolehlah di kurangkan kekerapannya kepada dua bulan atau tiga bulan sekali.

Facial laser
Dewasa ini penggunaan laser giat diperkatakan. Kaedah ini mampu merangsang kulit dan membuatkan pigmentasi berkurangan. Laser yang tepat haruslah berpandu kepada jenis kulit dan masalah yang dihadapi seseorang. Jeragat dan pigmentasi memerlukan laser yang boleh memecahkan pigment. Masalah parut pula memerlukan laser yang sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit baru. Facial laser juga menjadi pilihan kerana ia mampu menghilang kedutan halus.

Suntikan pada wajah
Tidak dapat dinafikan suntikan pada wajah merupakan sesuatu yang agak penting untuk menyerlahkan lagi wajah dan menjadikan seseorang tampak muda serta lebih cantik.
Suntikan filler menjadi pilihan kerana ia cepat, mudah dan tiada sebarang kesan sampingan yang berbahaya. Begitu juga suntikan BTA dan placenta yang disukai .


sumber berita


Selasa, 3 November 2015

KHASIAT BAWANG PUTIH



Mengandungi spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung

Antibiotik yang selamat dan semulajadi -
Garlic antibiotik semulajadi, ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida

Menghalang alergi - Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asma dan selsema

Mempertingkatkan sistem penghadaman - Formula uniknya mampu mempertingkatkan berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman.

Memoderatkan tekanan darah tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.

Menurunkan kolesterol - Menurunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

Mencegah kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine

Menstabilkan Glukos
 - Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh. 


Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA

COD MELAKA / AYER KEROH / BANDAR MELAKA

Postage seluruh semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak
Shaklee  Independant Distributor

SHERA :017-2048516

VITAMIN C SHAKLEE TERBAIK





Ujian klinikal telah pun membuktikan Vitamin C Sustained Release Shaklee 2 tablet Vitamin C Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. 

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. 


Contoh kalau kita demam dan selsema,ambil vitamin C sebelum tido insyaallah dalam 2 jam tuh badan dan rasa better sikit,ini testimoni diri sendiri bukan orang lain






APAKAH MANFAAT UTAMA VITAMIN C SHAKLEE?

Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi

PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA
COD MELAKA / AYER KEROH / BANDAR MELAKA

Postage seluruh semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak
Shaklee  Independant Distributor

SHERA :017-2048516

CANTIK DENGAN KELOPAK BUNGA ROS





Entri hari ni nak cerita tentang kecantikan dengan kelopak bunga ros,banyak sungguh kebaikan,contoh mandi bunga ,kenapa yer nak pakai bunga ros atau mawar,sebab khsiatnya sangat banyak contoh

1. Sebagai TONER
Kita boleh gunakan kelopak mawar sebagai toner untuk kulit. Hanya letakan kelopak mawar di dalam air dan biarkan semalaman,kemudian gunakan air tersebut untuk cuci muka atau sebagai toner kulit. Itu akan membuat kulit menjadi halus dan segar.

2. Membantu menenangkan kulit
Kelopak mawar dapat membantu menenangkan kulit. Hanya perlu masukannya ke dalam air dan kemudian gunakannya untuk membilas wajah. Air mawar pun dapat mengembalikan kelembapan kulit

3. Kaya vitamin C
Kelopak mawar merupakan sumber vitamin C yang baik untuk dan boleh digunakan sebagai tabir suria. Campurkan kelopak mawar dan timun, tumbuk sampai lumat.Kemudian menerapkannya pada kulit wajah.. kulit kita akan  selamat dari sinar UV

3. Mengatasi jerawat
Hancurkan hingga lumat dan letakan di  bahagian yang berjerawat,insyaallah jerawat cepat kering



4. Hilangkan kesan hitam bawah mata

Jom cuba

Isnin, 2 November 2015

JOM KURUS DENGAN SHAKLEE



PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA
COD MELAKA / AYER KEROH / BANDAR MELAKA
BATU BERENDAM/BACHANG/TAMAN MERDEKA
MELAKA BARU
Shaklee  Independant Distributor
SHERA :017-2048516

RAHSIA TERBONGKAR !!!
Bagaimana saya boleh kuruskan badan dengan produk shaklee.
PENTING! Sila baca post ini sampai habis
Ingin tahu bagaimana?saya turunkan berat badan hanya dengan 3 langkah mudah
-Detoxs
-Pecah lemak/Bakar lemak
-Bina Otot


Kenapa anda gagal turunkan berat badan?

ANDA MUNGKIN TIDAK SEDAR bahawa anda sedang mengamalkan cara mengambil makanan dan berdiet yang salah,kadang-kadang kita tak sedar.

Kita perlu ikut cara yang betul ambil produk..jika saya boleh kenapa anda tidak boleh.Anda mesti ambil produk secara berterusan.

Disini saya hanya nak sharing apa yang saya ambil untuk kurus tetapi sihat..?kerana ada yang kurus tetapi tidak sihat,pastikan produk kurus yang kita ambil diluluskan kementerian kesihatan kerana terdapat banyak produk kurus dipasaran akan TETAPI hati-hati yer..anda mungkin salah pilih dan ini akan memudaratkan kesihatan kita.

Antara produk yang selamat dan diluluskan kementerian kesihatan adalah produk shaklee,selain menurunkan berat badan secara sihat set ini juga membantu kita mengurangkan masalah sembelit,kolesterol,cepat lupa dan lain-lain.

(1) DETOX (Herb-Lax atau Alfalfa)


Detox adalah proses pembersihan usus dimana segala toksin, lemak dan kekotoran yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap maksima. Anda perlu ingat bahawa kunci utama untuk kurus adalah detox terlebih dahulu ok…

(2) PECAH LEMAK (Lecithin atau Omega Guard)


Fungsi produk ini adalah untuk memecahkan dan melarutkan lemak/kolestrol dalam badan. Ianya juga boleh merendahkan paras kolestrol dalam darah dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit-penyakit berbahaya yang berpunca dari masalah kolesterol.

(3) BINA OTOT (Cinch Shake atau ESP)


Langkah terakhir adalah bina otot/muscle dengan protein. Protein sangat penting untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

TANDA_TANDA KITA KEKURANGAN VITAMIN



Tanda-tanda Tubuh Kita Kekurangan Vitamin dan Zat Nutrient?

KUKU MUDAH PATAH
Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid

MATA TERASA KERING
Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.

PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT
Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.

BIBIR PECAH-PECAH
Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam.Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.

KULIT MEMERAH & BERMINYAK
Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.

JERAWAT
Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.

RAMBUT NIPIS
Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.

KELEMUMUR
Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.

MATA MERAH
Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.

LUKA LAMBAT SEMBUH
Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.

Sumber: Mingguan Wanita | Mac 2010

AMALAN DAN ZIKIR SEMASA HAMIL


Amalan ketika Hamil


Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu hamil ialah berzikir mengingati Allah S.W.T serta memperbanyakkan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Ra'd ayat 28 :



" Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah S.W.T. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah S.W.T. , hati menjadi tenang."

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah pilihan iaitu :

  • Surah Yusuf  -  untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
  • Surah Luqman  -  untuk memohon anak yang cerdik.
  • Surah Maryam  -  untuk memudahkan bersalin.
  • Surah Yasin  -  untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
  • Surah al-Hujurat  -  untuk membanyakkan susu ibu.
  • Surah al-Imran ayat 38  -  untuk memohon anak yang baik.
  • Surah al-Imran ayat 8-9  -  untuk memohon rahmat.
  • Surah Ibrahim ayat 40  -  untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  • Surah al-Baqarah ayat 128  -  untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  • Surah Yassin ayat 22-23  -  untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
  • Surah as-Sajdah ayat 7-9  -  untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
  • Surah al-Furqan ayat 74  -  untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya' ayat 21:87 :


"Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri."

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

"Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi'at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya."
(Hadis riwayat Ibn Sunni)

Doa-doa dan amalan-amalan ni Aini ambil dari buku Diari Hamil.


Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :
Thanks kepada blogger-blogger untuk doa-doa ni.


1)

"Ya Tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba-Mu."

2)

"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim."

3)

"Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh."


Apabila saat hampir bersalin, bacalah doa ini :

4)

"Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah."


Untuk memudahkan bersalin digalakkan juga membaca ayat Kursi.

5)

"Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjanjikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. 
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.


Seterusnya, perbanyakkan membaca tasbih ini :

6)

Maha Suci Allah

7)

Aku pohon ampun kepada Allah


Sentiasa membaca doa ini : 

8)

"Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan Yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepada-Nya daripada sekalian yang mempunyai dengki."

*Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.

9) Surah Al-Ansyiqaq


10) Sentiasa membaca surah Maryam.


11) Surah An-Nahl (ayat 78-80)

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Marilah sama-sama kita amalkan. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin.