Isnin, 14 Disember 2015

CANTIK DENGAN VITAMIN E



1.Melindungi Jantung
Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain.
2. Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
Kajian pada Tahun 1924, mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU- 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
3. Anti-Penuaan
1 kapsul Vitamin E sehari dapat membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
4. Anti-Oksidan Yang Kuat
Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.
5. PenambahTenaga
Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
6. Memperbaiki Arthritis
Meningkatkan keanjalan saluran darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, varicose veins, sakit sendi.
7. Menghalang Keguguran
Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopause seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.
8. Memperbaiki Parut
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Setiap hari, tubuh kita perlu dapatkan 400IU, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat cukup kuat melawan radikal bebas:
  • 1kg gandum, 500ml minyak safflower
  • 8kg bayam
  • 500g badam
Boleh ke kita nak makan banyak tu setiap hari? jawapam nya memang tidakla
 Adakah Vitamin E Selamat
 Dalam buku ‘Prescription For Longevity’ yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat perbincangan mengenai keselamatan Vitamin E dengan terperinci. Terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan Vitamin E.
Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard keatas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan Vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan stroke 33%. Kajian juga membuktikan dos selamat adalah 3,200IU.
Vitamin E Complex Shaklee adalah Vitamin E terlengkap dipasaran kerana ia mengandungi alpha, beta, gama dan delta. Saya cadangkan untuk fokus kepada kesan antipenuaan dan pemeliharaan kesihatan dalaman, boleh ambil Vitamin E bersama-sama Carotomax dan juga Vitamin C serta Vivix. Kombinasi 4 vitamin ini dapat menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas terutamanya bagi pesakit kanser.

KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE



ASSALAMUALAIKUM!!!..sihat hendaknya,terima kasih kerana singgah di BLOG saya. ENTRI kali ini saya hanya nak berkongsi kenapa saya pilih VITAMIN SHAKLEE kenapa saya tak pilih Vitamin lain yang berlambak di pasaran yang semuanya kata bagus-bagus dan terbaik.

Saya adalah seorang pengguna tegar produk shaklee,saya banyak alah pada ubat-ubatan atau vitamin yang boleh menyebabkan saya sesak nafas dan jantung berdebar jadi saya sangat berhati-hati dalam pemilihan produk saya suka TAGLINE produk SHAKLEE iaitu VITAMIN SEMULAJADI...permulaan saya sebagai pengguna SHAKLEE..kesannya pada saya Alhamdulillah semakin sihat dan bertenaga.



Kenapa saya kata Vitamin shaklee bagus untuk kesihatan?

Vitamin Shaklee antara produk terbaik dan paling lama yang pernah saya ambil.Mendapat kepercayaan pengguna seluruh dunia dan suda 50 tahun di pasaran.


Shaklee juga begitu berani mengeluarkan kenyataan yang produknya sentiasa berkesan kerana semuanya  berdasarkan bukti kukuh dari 100 kajian dan jurnal dimana 90 dari kajiannya telah diterbitkan di review jurnal sebab itu vitamin shaklee bagus untuk kesihatan.

Banyak syarikat yang mendakwa produk mereka sangat berkesan tapi kami berani berkata kerana kami mempunyai bukti dari jurnal yang diterbitkan.







Dr Bruce Ames, seorang ahli toksikologi dari UC Berkeley School of Public Health,telah membuat beberapa kajian dan eksperimen kepada beberapa vitamin dan mineral – B12, B6, niasin, vitamin C, vitamin E, zinc dan zat besi.Beliau menemui sesuatu yang amat mengejutkan, di mana kekurangan nutrien tersebut di tahap mikron boleh merosakkan sel, dan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser.

UC Berkeley telah menghantar cadangan kepada Shaklee untuk menjalankan Landmark Study di Harvard dan telah menerbitkan hasilnya dalam The Nutrition Journal pada tahun 2007.

Landmark study ni adalah untuk membuat perbandinngan antara:-
Orang yang mengambil Shaklee
Orang yang mengambil supplement lain
Orang yang tidak mengambil supplement langsung

Kajian dari UC Berkeley School Of Public Health mendapati mereka yang mengambil suplemen shaklee lebih sihat dari yang mengambil supplement jenama lain., mereka yang mengambil vitamin Shaklee menunjukkan kesan kesihatan yang paling baik dan apa yang menarik mereka yang berada dalam kumpulan Shaklee adalah jauh lebih muda, anggaran jarak 10 tahun. 



Produk Shaklee Sentiasa Selamat  
Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
Lebih 350 ujian pencemaran dilakukan
100% kepuasan dijamin

Sentiasa Semulajadi
Tiada perisa tiruan
Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
Tidak mengandungi bahan yang dilarang
Tidak mengandungi peluntur klorin
Tiada pemanis tiruan
Tiada pewarna atau lemak trans
Tiada suapan tersembunyi

Sentiasa Berkesan
USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
90 kajian klinikal telah diterbitkan
60 orang saintis shaklee
50 paten

Adakah anda tahu produk shaklee  
o TIDAK Mengandungi Paraben.
o TIDAK Mengandungi Triklosan.
o TIDAK Mengandungi Phthalates.
o TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS).
o TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES).
o TIDAK Mengandungi Bisfenol-A.
o TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates.
o TIDAK Mengandungi Toulene.
o TIDAK Mengandungi Peluntur Warna.
o TIDAK Mengandungi Bahan Perisa.
o TIDAK Mengandungi Pewarna.
o TIDAK Mengandungi Lemak Trans.

ok dah banyak sangat saya tulis hari ini, adakah anda semua puas hati kenapa saya pilih 
shaklee.Ingat pilih yang semulajadi sahaja,pesanan dari pengguna dan pengedar shaklee.Nantikan ENTRI saya yang akan datang.

Jumaat, 11 Disember 2015

PUNCA JERAWAT



Berikut adalah faktor-faktor yg menyebabkan jerawat keluar.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.

1.Perubahan hormone
Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,
belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

4.Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9.Jangkitan pada kulit & Resdung
 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas. 

10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar

BEAUTY CONSULTANT 



PETUA DULU_DULU



PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) 
untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak klinik atau hospital dengan rumah kediaman orang Melayu amat jauh. 

Jadi sejak lama dulu inilah antara perkara yang sering di praktikkan oleh nenek-moyang kita. Maklumlah zaman tu tiada pusat urutan, atau kerusi urut seperti sekarang ini dan tiada spa. 

Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.


Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  • Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  • Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  • Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  • Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  • Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin.
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  • Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  • Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:


  • Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.
  • Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

  • Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.




Anak-anak Demam Berlarutan

  • Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. 
  • Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. 
  • Ulangi beberapa kali.


Melegakan Cirit Birit

  • Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh 'o' pekat kemudian diminum.
  • Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. 
  • Tampalkan pada perut dan balutkan dengan kain.
ATAU


  • Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. 
  • Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.


Sukar Buang Air Besar

  • Kupas kentang lalu dihiris. 
  • Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. 
  • Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.
  • Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari

Sakit Kuning
  • Hiris nipis-nipis sedikit rebung. 
  • Kemudian rebus sehingga mendidih. 
  • Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.


Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
  • Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. 
  • Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. 
  • Kemudian mandikan pada bayi.


Petua Mengelakkan Kanser (Barah)

  • Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. 
  • Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.



  • Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  • Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  • Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  • Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  • Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  • Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pancreas

PENGEDAR SHAKLEE


BERMINAT MENJADI RAKAN NIAGA SHAKLEE .HUBUNGI KAMI
017-2048516
Pengedar Shaklee berdekatan anda.

"INGIN BERNIAGA SENDIRI
NAK JADI BOS...!!!!

BEKERJA IKUT WAKTU SENDIRI
JOM JADI USAHAWAN BERSAMA TEAM KAMI''

KAMI MEMERLUKAN LEADER_LEADER SEPERTI ANDA untuk menjana pendapatan TANPA HAD di dalam GROUP kami.

Kami mencari rakan niaga di Seluruh Malaysia dan Sabah/Sarawak
ANDA mesti seorang yang......

RAJIN dan KOMITED
BERDISIPLIN TINGGI 
MENEPATI MASA
JUJUR dan IKHLAS 
SEORANG YANG LUARBIASA

BERMINAT HUBUNGI 
Usahawan shaklee
HOTLINE : 017-2048516




Saya adalah PENGEDAR SHAKLEE BEBAS DI Melaka/Muar/Batu Pahat dan kawasan-kawasan di bawah.

Kami menyediakan khidmat rundingan kesihatan PERCUMA kepada pelangan-pelanggan kami..PosTAGe  Seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak.
Hubungi Pengedar shaklee : 017-2048516
  • BACHANG
  • BANDAR MELAKA
  • TAMAN MELAKA BARU/TAMAN JATI MELAKA
  • BATU BERENDAM
  • DURIAN TUNGGAL
  • CHENG
  • SEMABOK
  • AYER KEROH
  • LIMBONGAN
  • TENGKERA
  • ALOR GAJAH
  • MASJID TANAH

Khamis, 10 Disember 2015

KEBAIKAN KAROT/LOBAK MERAH



Lobak merah nie banyak khasiatnya yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Kalau karot nie buat jus memang sedap (favourite saya).kalau ada adik beradik kita ada masalah mata atau kulit,rajin-rajin la makan lobak merah kerana ia bagus demi menjaga kesihatan mata dan kulit. 

Kulit: Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah



Apa khasiat lobak merah ..JOM BACA

Mata
Lobak merah diperkaya dengan vitamin A dan B. Kedua-dua vitamin ini membantu dalam mendapatkan penglihatan yang lebih baik dan jelas.(masalah rabun)

Kanser
Berkhasiat untuk memerangi penyakit kanser.Lobak merah juga baik  untuk meningkatkan daya tahan imuniti dalam badan.

Otak
Kalori yang lebih banyak dalam lobak sebenanya membantu badan dalam meningkatkan daya ingatan kanak-kanak. Anda juga boleh nikmati kelebihan ini  untuk tajamkan minda serta daya memori.

Jantung
Kandungan Beta-karotena, Alfa Karotena dan Lutein dalam lobak merah diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pastikan dalam menu masakan ada karot/lobak merah.

Kulit
Tahukah anda bahawa lobak merah bukan hanya kaya dengan vitamin yang baik buat mata namun ia juga baik untuk kulit? Ini kerana lobak merah kaya dengan vitamin A dan antioksidan yang berkesan dalam melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Lobak merah juga baik dari melindungi kulit dari berjerawat, masalah kulit kering, kesan penuaan dan juga memberikan kulit lebih cerah.

sambung bacaan disini


KHASIAT BAWANG PUTIH



Nak masak mesti ada bawang putih mak cakap nak bagi masakan sedap dan wangi naik bau..?Ada setengah masakan kalau tak ada bawang putih tak sedap..masyarakat cina selalu lebih banyak guna bawang putih .Kalau kita sebut jer bawang putih semua fikir jangan makan banyak nanti mulut dan badan berbau tapi tahu tak khasiat bawang putih (Garlic) ?

PETUA Hilangkan ANGIN dalam badan : -
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
  • Kacang
  • Terung
  • Sayuran seperti brokoli
  • Kobis
  • Taugeh
  • Asparagus

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  • Minum sebulan sekali
Demam
  • Bagi mereka yang demam, 
  • Ambil hirisan bawang putih 
  • Campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.


Kebaikan Bawang putih yang ramai tak tahu..INFO

Mengurangkan Risiko Angin Ahmar . Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan Risiko Kanser . Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi Iodin . Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Meningkatkan Sistem Imunisasi . Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Anti inflamasi atau Anti radang. Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Membantu Sistem Pencernaan . Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Mengurangkan Kolesterol . Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.  Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

Menyuburkan Rambut.  Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

Mencegah Jerawat . Bawang putih merupakan bahan semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.


Sambung bacaan mengenai bawang putih atau garlic disini.KLIK link dibawah
http://galerisyahirah.blogspot.my/search/label/GARLIC%20SHAKLEE

Rabu, 9 Disember 2015

PENAWAR SAKIT LUTUT


PENAWAR SAKIT SENDI




Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.


Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan. 
Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:  Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.



Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee  adalah omega 3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omega-3 juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.  
Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat 
Ostematrik Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.
 TESTIMONI PELANGGAN YANG TELAH AMBIL SET SENDI





PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA
COD MELAKA / AYER KEROH / BANDAR MELAKA

Postage seluruh semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak
Shaklee  Independant Distributor
SHERA :017-2048516