Selasa, 9 Februari 2016

NUTRIFERON DAN DEMAM DENGGI


Lama tak update BLOG rasanya...dugaan bila suami masuk wad sebab denggi..memang menakutkan..bacaan darah sangat rendah.
Selama suami warded saya beri 1 sachet NUTRI FERON setiap 3 jam dan Performace drink alhamdulillah Allah penyembuh segala penyakit..darah dah kembali dalam keadaan normal.


Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi
(DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala 

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.

Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".

Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.

Muntah dan kurang selera makan.

Rawatan
Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.

Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.

Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
Mandi jerlum.Antibiotik tidak diperlukan.

Demam Denggi Berdarah
Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang
Intravena:
Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan
Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:


Muntah berlarutan/berpanjangan.
Sakit perut.
Kurang bermaya/sawan.
Sesak nafas.
Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.



PERFORMANCE DRINK
Dapat membantu meningkatkan daya pertahanan badan – memberikan tenaga kepada otot dan sel yang cepat, mengelakkan dehidrasi (kehilangan air) semasa demam dan terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot.

Membekal tenaga & daya ketahanan fizikal – ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus magnesium dab chloride. Tidak mengandungi perisa. pewarna dan bahan pengawet sepertimana minuman isotonik sukan di pasaran.

NUTRIFERON
Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari – ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia.

Mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.






PETUA JIKA ANDA DEMAM DENGGI
1)Sup Ketam
2)Jus daun betik(tapi rasanya pahit sikit) 
3)100 plus tapi tak sesuai untuk pesakit kencng manis
4)Performance Drink Shaklee sesuai untuk pesakit kencing manis

Tiada ulasan: