Sabtu, 5 Disember 2015

7 MAKANAN UNTUK KULIT CANTIK



Semua wanita inginkan kulit cantik,gebu dan cerah berseri. Selain penggunaan produk kecantikan dan penjagaan tubuh yang konsiten, pemilihan makanan semulajadi yang tepat dapat membantu wanita tampil cantik dan sihat. Pada wanita  yang ingin memiliki kulit yang cerah dan gebu, jom amalkan makan tujuh jenis makanan ini.Selamat mencuba!!!

Tomato
Boleh dimakan begitu sahaja sebagai ulam atau dimasukkan ke dalam masakan.Tetapi saya lebih suka buat jus. Tomato mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Ia membantu mencerah dan mengekalkan kelembapan kulit. Amalkan pengambilan tomato pada setiap hari danianya membantu melindungi kulit daripada pancaran matahari. Tomato mempunyai kolagen yang tinggi dan dapat mencegah kulit kendur.


Strawberi
Segelas jus strawberi mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Vitamin jenis ini sangat bagus untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalahmembantu mengekalkan keanjalan kulit. Vitamin C sangat efektif menentang tanda-tanda penuaan seperti kedutan.



Salad
Salad kaya dengan Vitamin A. Ia membantu meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel baru. Paling menarik, salad mengandungi kalsium yang membekalkan nutrien kepada tubuh khususnya kulit. Ia meningkatkan penyerapan oksigen dan melancarkan perjalanan darah. Kombinasi ini akan membuatkan kulit lebih sihat dan cantik.


Epal
Epal memang enak dimakan begitu sahaja. Ia membekalkan nutrisi penting kepada tubuh dan membantu meningkatkan tahap kesihatan. Epal mengandungi kadar antioksidan yang tinggi dan berfungsi melindungi kulit daripad apancaran matahari.Kulit kekal cerah dan tidak mengalami alahan.



Soya
Pengambilan soya secara konsisten akan membantu wanita tampal awet muda. Bukan sahaja membantu mencerahkan kulit malah khasiat yang terkandung dalam soya jugameningkatkan keanjalan kulit dan bersifat antipenuaan.



Jus Lemon
 Selain membantu proses detoks, lemon juga membuatkan dalaman wanita cantik. Ia membersihkan secara lembut dan membuang segala kekotoran dalam tubuh. Hasilnyakulit lebih cantik, pori-pori menjadi kecil dan kulit lebih bersinar.


Madu 
Sejak zaman dahulu, madu digunakan untuk menjaga kecantikan dan kesihatan.Pengambilan madu setiap hari akan membantu meningkatakan daya ketahanan tubuh.Madu juga merawat kecantikan dari dalam. Kulit akan menjadi lebih lembut, halus dan cerah.


Tiada ulasan: