Ahad, 6 Disember 2015

KOLAGEN UNTUK CANTIK



Kolagen atau collagen adalah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen dan 80% tulang adalah kolagen. Kornia mata kita pun sebenarnya adalah kolagen


INFO PENTING MENGENAI KOLAGEN

Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan
Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Lebih dari 71% protein dalam sel-sel kulit terdiri dari kolagen, di mana berkait rapat dengan pertumbuhan,pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan, kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.

Memulihkan masalah kulit
Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, maka ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kekulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan masalah kulit seperti parut,pengecutan epithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantikkan dan menyuburkan rambut
Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut.Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis serta rambut dan kuku. Kekurangan kolagen dapat menyebabkan rambut kelihatan kering dan bercabang, kuku, menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara
Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak,yang merupakan peranan sebagai penyokong bagi pembentukkan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara agar cantik dan menawan.

Melangsingkan badan ketika tidur
Pembakaran lemak adalah proses yang diperlukan untuk melangsingkan badan. Kolagen hidrolisis dapat meningkatkan proses pembakaran lemak, tetapi harus dijalankan dalam keadaan tidur. Dengan mengambil kolagen hidrolisis, anda dapat melangsingkan badan semasa tidur.

Menguatkan tulang
Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca dari kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium,magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmen
Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun,membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit
Kolagen penting untuk memelihara kecantikan dan keceriaan kulit. Gejala-gejala penuaan secara wajar semakin ketara apabila usia meningkat kerana kandungan kolagen dalam kulit semakin berkurang dan kulit yang mengalami kekurangan air akan mengakibatkan kulit kering dan kusam.


 Banyak manfaatnya Shaklee Collagen Powder ni antaranya:

  • Mengembalikan keanjalan kulit
  • Meningkatan kelembapan kulit
  • Mengelakkan kulit kering
  • Mencerah dan mengurangkan pigmentasi dan jeragat di wajah
  • Menegangkan dan menganjalkan payudara dan punggung
  • Anti-penuaan dan Awet Muda
  • Mengurangkan kedutan pada kulit
  • Mengecilkan pori-pori di wajah
  • Mengurangkan 'eye bag' dan lingkaran hitam
  • Meningkatan kecergasan tubuh badan
  • Memberikan kesuburan pada rambut



KOLAGEN  SHAKLEE merupakan suplemen yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah, 

Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.Antara KOLAGEN TERBAIK yang pernah saya cuba..




PENGEDAR SHAKLEE MALAYSIA
COD MELAKA / AYER KEROH / BANDAR MELAKA

Postage seluruh semenanjung Malaysia/Sabah/Sarawak
Shaklee  Independant Distributor
SHERA :017-2048516



Tiada ulasan: