Isnin, 9 November 2015

RAWATAN KECANTIKAN MASA KINI



Facial biasa
Facial biasa adalah untuk pembersihan kulit yang tidak banyak bermasalah. Facial jenis ini menggunakan pencuci lembut,stim, topeng, sedutan pada kulit menggunakan mesin menyedut dan diakhiri dengan pemakaian pelembap atau pelindung mata hari.

Proses mencuci seperti ini baik bagi meningkatkan perjalanan darah pada kulit muka, membuang kekotoran dan menjauhkan kelenjar sebum yang tersumbat. Ia menjadikan kulit bebas daripada ancaman biji-biji putih, noda hitam dan juga jerawat.

Facial Vitamin C
Penambahan vitamin C bertujuan memudakan kulit dan meningkatkan pembaik pulih kulit. Vitamin C berfungsi sebagai anti oksidan dan juga mampu mencerahkan kulit.Teknik facial sama seperti biasa. Kulit dicuci dengan pencuci yang lembut, kekotoran akan dibuang diikuti pengewapan kulit, topeng muka dan sedutan. Akhir sekali vitamin C dititiskan semasa pori-pori masih terbuka dan mampu menyerap dengan aktif.

Facial glycolic
Teknik ini sesuai bagi masalah jerawat yang serius. Asid glycolic merupakan asid lembut yang boleh masuk ke dalam kulit untuk membunuh bakteria. Ia juga mampu mengurangkan
kesan parut jerawat dan menyembuhkan jerawat. Biasanya doktor akan mencadangkan penggunaan gel glycolic sebagai sapuan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang serius.Gel yang boleh digunakan di rumah ini mampu bertindak sebagai facial lembut yang mencerahkan kulit kita.

Facial dengan anti oksidan
Anti oksidan juga merupakan bahan penting bagi facial.Ia sesuai untuk kulit yang berpigmentasi. Biasanya antioksidan jenis peptide digunakan kerana ia sesuai bagi semua jenis kulit. Prosedur facialnya tetap sama.

Microdermabrasion
Microdermabrasion merupakan facial yang agresif berbanding facial biasa. Prosedur teknik ini adalah lapisan kulit dikikis sama sekali. Selepas itu kulit wajah dicuci dan dilembapkan.
Alat microdermabrasion digunakan bagi menyedut dan membuang lapisan kulit yang telah mati. Terdapat dua jenis mikrodermabrasion iaitu jenis kristal dan berlian.

Microdermabrasion jenis kristal mempunyai agen berupa pasir halus yang akan mengikis sel mati pada kulit muka.Jenis berlian pula berupa pisau halus yang mampu mengikis
lapisan pada kulit. Kelebihan peralatan mampu membersihkan,meningkatkan mutu dan merangsang kulit agar kulit baru dapat tumbuh dengan baik. Kaedah ini sesuai sebulan sekali jika kulit bermasalah. Jika kulit sudah pulih maka bolehlah di kurangkan kekerapannya kepada dua bulan atau tiga bulan sekali.

Facial laser
Dewasa ini penggunaan laser giat diperkatakan. Kaedah ini mampu merangsang kulit dan membuatkan pigmentasi berkurangan. Laser yang tepat haruslah berpandu kepada jenis kulit dan masalah yang dihadapi seseorang. Jeragat dan pigmentasi memerlukan laser yang boleh memecahkan pigment. Masalah parut pula memerlukan laser yang sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit baru. Facial laser juga menjadi pilihan kerana ia mampu menghilang kedutan halus.

Suntikan pada wajah
Tidak dapat dinafikan suntikan pada wajah merupakan sesuatu yang agak penting untuk menyerlahkan lagi wajah dan menjadikan seseorang tampak muda serta lebih cantik.
Suntikan filler menjadi pilihan kerana ia cepat, mudah dan tiada sebarang kesan sampingan yang berbahaya. Begitu juga suntikan BTA dan placenta yang disukai .


sumber berita


Tiada ulasan: