Semua wanita nak cantik bukan..?tetapi jangan terlalu OBSES anda mungkin merana seumur hidup...sedikit INFO tentang kosmetik yang berbahaya kepada kulit.
Kosmetik berbahaya selalunya tidak membantu kepada penampilan
kulit menjadi lebih cantik tetapi mungkin sebaliknya. Kesan sebaliknya bagi pengguna mungkin akan menghadapi masalah kulit rosak seperti kulit terbakar,
jerawat, bernanah dan sebagainya.
Buatlah
kajian sedikit untuk mengetahui bahan yang terkandung di dalam produk-produk
kecantikan ini dan fungsi bahan kimia ini untuk mengelakkan dari
terkena kesannya.
Bahan-bahan yang digunakan sebagai ubat juga mestilah Halal
iaitu sesuai dengan ajaran islam dan yang lebih penting ialah mencegah lebih baik dari mengubati.
Antara
bahan kimia terlarang yang terdapat pada kosmetik berbahaya adalah
seperti:
Merkuri
Bahan ini biasa digunakan dalam produk
pemutih kulit. Apa yang membuatkan ramai wanita gemar kepada produk yang
mengandungi bahan ini adalah kulit mereka akan menjadi putih dalam masa yang
sangat singkat. Merkuri adalah beracun walaupun dengan jumlah yang kecil. Kesan
negatif adalah seperti, berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada
otak, buah pinggang, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru,
muntah-muntah dan kanser kulit.
Hydroquinone
Krim hydroquinone adalah agen pemutihan
kulit. Ia berfungsi dengan menghalang reaksi enzim dalam sel-sel kulit. Bahan
ini sering didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaannya dalam jangka masa
panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan rasa terbakar, boleh mengakibatkan
masalah buah pinggang, kanser darah dan kanser sel hati.
Rhodamin
Produk yang mengandungi bahan ini akan
memberi kesan kepada pengguna seperti gangguan pada pernafasan dan kerosakan
hati. Akibat termasuk: Iritasi pada
salur pernafasan, iritasi kulit dan mata, gangguan saluran penghadaman, dan
juga boleh mengakibatkan kanser hati.
Sodium Laureth Sulfate
Biasa didapati dalam produk seperti sabun
badan, syampu mandian dan pencuci. Bahan
ini akan menyebabkan alahan pada kulit, sakit kepala, sakit sendi, lelah dan
pening kepala.
Tretinoin/Retinoic Acid
Asid retinoic adalah ubat yang dapat
menghalang pembentukan jerawat. Ubat ini juga digunakan untuk merawat pro halus
pada kulit, bintik-bintik hitam, dan kulit kasar pada muka yang disebabkan oleh
matahari. Beberapa kesan sampingan yang berkaitan dengan ubat ini, jika bahan
ini terdapat dalam produk kecantikan, ia boleh menyebabkan kulit kering dan
terbakar serta menyebabkan kerosakan pada janin. Malangnya, terdapat juga beberapa
kesan sampingan teruk dikaitkan dengan menggunakan asid retinoic. Antara
kesan-kesan sampingan termasuk kesukaran bernafas dan ketat dada, gatal-gatal,
dan bengkak pada mulut, lidah, dan bibir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan