Khamis, 10 Disember 2015

KHASIAT BAWANG PUTIH



Nak masak mesti ada bawang putih mak cakap nak bagi masakan sedap dan wangi naik bau..?Ada setengah masakan kalau tak ada bawang putih tak sedap..masyarakat cina selalu lebih banyak guna bawang putih .Kalau kita sebut jer bawang putih semua fikir jangan makan banyak nanti mulut dan badan berbau tapi tahu tak khasiat bawang putih (Garlic) ?

PETUA Hilangkan ANGIN dalam badan : -
Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:
  • Kacang
  • Terung
  • Sayuran seperti brokoli
  • Kobis
  • Taugeh
  • Asparagus

Petua Tradisional Untuk Buang Angin Dalam Badan
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
  • Hiris bawang putih nipis-nipis.
  • Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
  • Minum sebulan sekali
Demam
  • Bagi mereka yang demam, 
  • Ambil hirisan bawang putih 
  • Campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.


Kebaikan Bawang putih yang ramai tak tahu..INFO

Mengurangkan Risiko Angin Ahmar . Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan Risiko Kanser . Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi Iodin . Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Meningkatkan Sistem Imunisasi . Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Anti inflamasi atau Anti radang. Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Membantu Sistem Pencernaan . Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Mengurangkan Kolesterol . Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut.  Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

Menyuburkan Rambut.  Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

Mencegah Jerawat . Bawang putih merupakan bahan semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.


Sambung bacaan mengenai bawang putih atau garlic disini.KLIK link dibawah
http://galerisyahirah.blogspot.my/search/label/GARLIC%20SHAKLEE

Tiada ulasan: