Khamis, 10 Disember 2015

KEBAIKAN KAROT/LOBAK MERAH



Lobak merah nie banyak khasiatnya yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Kalau karot nie buat jus memang sedap (favourite saya).kalau ada adik beradik kita ada masalah mata atau kulit,rajin-rajin la makan lobak merah kerana ia bagus demi menjaga kesihatan mata dan kulit. 

Kulit: Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah



Apa khasiat lobak merah ..JOM BACA

Mata
Lobak merah diperkaya dengan vitamin A dan B. Kedua-dua vitamin ini membantu dalam mendapatkan penglihatan yang lebih baik dan jelas.(masalah rabun)

Kanser
Berkhasiat untuk memerangi penyakit kanser.Lobak merah juga baik  untuk meningkatkan daya tahan imuniti dalam badan.

Otak
Kalori yang lebih banyak dalam lobak sebenanya membantu badan dalam meningkatkan daya ingatan kanak-kanak. Anda juga boleh nikmati kelebihan ini  untuk tajamkan minda serta daya memori.

Jantung
Kandungan Beta-karotena, Alfa Karotena dan Lutein dalam lobak merah diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Pastikan dalam menu masakan ada karot/lobak merah.

Kulit
Tahukah anda bahawa lobak merah bukan hanya kaya dengan vitamin yang baik buat mata namun ia juga baik untuk kulit? Ini kerana lobak merah kaya dengan vitamin A dan antioksidan yang berkesan dalam melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Lobak merah juga baik dari melindungi kulit dari berjerawat, masalah kulit kering, kesan penuaan dan juga memberikan kulit lebih cerah.

sambung bacaan disini


Tiada ulasan: