Jumaat, 11 Disember 2015

PETUA DULU_DULU



PETUA (Perubatan Orang Tua-tua Dulu-kala) 
untuk kita ingati dan amalkan dalam kehidupan kita. Memang dulu-dulu jarak klinik atau hospital dengan rumah kediaman orang Melayu amat jauh. 

Jadi sejak lama dulu inilah antara perkara yang sering di praktikkan oleh nenek-moyang kita. Maklumlah zaman tu tiada pusat urutan, atau kerusi urut seperti sekarang ini dan tiada spa. 

Menghindari Penyakit
Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.


Menahan Nafas
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.

Luka Bersalin
Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

  • Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
  • Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
  • Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
  • Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
  • Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin.
Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.
  • Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
  • Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.
  • Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.
Batuk
Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:


  • Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila.
  • Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

  • Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.




Anak-anak Demam Berlarutan

  • Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. 
  • Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. 
  • Ulangi beberapa kali.


Melegakan Cirit Birit

  • Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh 'o' pekat kemudian diminum.
  • Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. 
  • Tampalkan pada perut dan balutkan dengan kain.
ATAU


  • Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. 
  • Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.


Sukar Buang Air Besar

  • Kupas kentang lalu dihiris. 
  • Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. 
  • Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.
  • Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari

Sakit Kuning
  • Hiris nipis-nipis sedikit rebung. 
  • Kemudian rebus sehingga mendidih. 
  • Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.


Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
  • Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. 
  • Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. 
  • Kemudian mandikan pada bayi.


Petua Mengelakkan Kanser (Barah)

  • Minum air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. 
  • Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.



  • Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
  • Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
  • Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
  • Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
  • Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
  • Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pancreas

Tiada ulasan: